FOTO : PERAK FC

SKUAD Liga Super Perak FC berjaya mencatat kemenangan 4-2 ke atas Serpong City FC pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Segiri, Samarinda pada Khamis.

Ia aksi persahabatan antarabangsa sulung skuad kendalian Yusri Che Lah di bumi Indonesia selepas saingan di peringkat domestik ditangguhkan bagi memberi laluan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sepanjang bulan November.

The Bos Gaurus mendahului 1-0 pada minit ke-35 menerusi sentuhan pemain muda berusia 21 tahun, Alif Zikri yang gagal diselamatkan penjaga gol Serpong.

May be an image of 12 people, people playing football, people playing American football and text

Bagaimanapun, pemain simpanan yang diturunkan Perak gagal mengekang asakan Serpong sebaik bersambung babak kedua. Khairul Asyraf terjaring gol sendiri m-59 untuk memberikan Serpong memperoleh semangata baharu, namun penyerang import asal Serbia, Luka Milunovic meletakkan Perak kembali di depan gol m-73.

Kelekaan barisan pertahanan Yob sekali lagi dihukum oleh jaringan penyamaan Febriansyah dua minit berselang sebelum Milunovic memastikan kejayaan pasukan dengan tambahan dua gol lagi pada penghujung permainan.

 

May be an image of 1 person, playing football, playing American football and text

Sementara itu, Yusri mengakui bersyukur dengan keputusan yang diperoleh petang tadi.

“Alhamdulillah kami mendapat keputusan positif dalam perlawanan menentang Serpong City,” ujarnya.

Katanya, dia perlu menyesuaikan diri dengan lebih cepat dengan keadaan cuaca dan padang permainan.

Dia mengakui perlawanan itu cukup seimbang.

May be an image of 2 people, people playing American football, people playing football and text

“Kami juga menyesuaikan sedikit dengan cuaca dan keadaan padang. Pada separuh masa pertama ia agak seimbang walaupun tiada peluang berbahaya daripada kedua-dua pasukan,” katanya lagi

Jelasnya, selepas memasukkan beberapa pemain utama serta-merta, permainan Perak berubah secara drastik dan pasukannya berjaya mengunci Serpong di pertahanan sendiri.

“Kami mempunyai satu peluang dan menjaringkan satu gol pada separuh masa kedua. Kami masih cuba melaksanakan strategi yang kami mahukan.

“Lebih-lebih lagi sebelum melakukan banyak perubahan kepada pemain utama. Tetapi mereka masih muda di bawah usia 22 tahun dan saya harap mereka boleh beraksi lebih baik selepas ini,” akhirinya.

Perak FC akan melengkapkan siri perlawanan terakhir berdepan pendahulu semasa Liga 1 Indonesia, Borneo FC pada Sabtu.