ARGENTINA, Croatia, Perancis dan Maghribi melengkapkan senarai empat pasukan yang terus bertahan di Piala Dunia 2022 dan akan merebut dua slot ke final.

Setiap pemain daripada empat pasukan ini, bernaung di bawah payung kelab berbeza di serata dunia, namun kelab manakah menyediakan pemain paling ramai di peringkat separuh akhir ini?

Tidak mengejutkan sangat apabila pemain paling ramai di separuh akhir nanti datangnya dari kelab gergasi Jerman, Bayern Munich dengan enam pemain.

Namun, Bavarian diekori rapat Atletico Madrid dan Sevilla yang beraksi dalam La Liga, masing-masing lima pemain.

Berikut adalah senarai pemain-pemain kelab yang beraksi di pentas separuh akhir:

Noussair Mazraoui dari Maghribi

BAYERN MUNICH

  • Kingsley Coman (Perancis)
  • Benjamin Pavard (Perancis)
  • Dayot Upamecano (Perancis)
  • Lucas Hernandez (Perancis)
  • Josip Stanisic (Croatia)
  • Noussair Mazraoui (Maghribi)

Lucas Hernandez dari Perancis

ATLETICO MADRID

  • Angel Correa (Argentina)
  • Nahuel Molina (Argentina)
  • Rodrigo de Paul (Argentina)
  • Antoine Griezmann (Perancis)
  • Ivo Grbc (Croatia)

Josip Stanisic dari Croatia

SEVILLA

  • Bono (Maghribi)
  • Youssef En-Nesyri (Maghribi)
  • Gonzalo Montiel (Argentina)
  • Marcos Acuna (Argentnina)
  • Papu Gomez (Argentina)