FOTO : MOHD IZARI ROSLI 

Safiq Rahim, Fernando Forestieri dan Leandro Velasquez berbincang strategi sebelum sepakan percuma dilepaskan ke gawang Sabah.

 

Siap untuk mengambil sepakan !

Penjaga gawang Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat gagal menghalang bola daripada bergolek menerjah jaring.

HABIS IKHTIAR.. Khairul Fahmi yang tersungkur cuba menghalang sepakan percuma cantik Forestieri masa kecederaan, namun gagal.

JDT berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga, 41 kali tidak pernah tewas di tempat lawan sejak Mac 2018 dan mencatat rekod bersih menentang Sabah kepada enam kemenangan dari enam perlawanan.