PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag nyata berang dengan keputusan pengadil, Andre Marriner yang melayangkan kad merah kepada Casemiro dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu malam.

Casemiro dilayangkad kad merah setelah imbasan VAR dilakukan mendapati penyerang Unted itu mencekik Will Hughes di lehernya.

Namun keputusan tersebut disifatkan Ten Hag sebagai berat sebelah kerana penyerang Crystal Palace , Jordan Ayew juga melakukan kekasaran dengan kaedah yang sama kepada Fred.

“Saya melihat dua pasukan bergaduh antara satu sama lain. Dari penglihatan saya, ada tujuh pemain yang telah melampaui batas, namun yang dikeluarkan padang hanyalah seorang, itu keputusan yang salah.

“Sepatutnya, apabila Casemiro dikeluarkan, ramai lagi pemain yang turut diarahkan meninggalkan padang kerana pemain lain turut berada pada situasi tersebut.

“Sebagai pengadil, anda harus konsisten dengan keputusan VAR. Perkara ini memberi imej tidak baik kepada multi pengadilan di sini,” jelas Ten Hag.

Keadaan tersebut menyaksikan pemain tengah Red Devils itu bakal digantung tiga perlawanan ketika berdepan Leeds United, Leicester City dan Barcelona.

Dia bagaimanapun akan kembali dibenarkan beraksi pada aksi akhir Piala Carabao menentang Newcastle United penghujung bulan ini.