Select Page

IOC pertimbang nasib atlet dari Rusia

IOC pertimbang nasib atlet dari Rusia

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) kini dalam pertimbangan untuk mengembalikan hak menyertai pertandingan kepada atlet Rusia yang tidak menyokong pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.

Hal itu disahkan Presiden IOC, Thomas Bach (gambar) ketika mengulas mengenai nasib atlet dari Rusia.

Sebelum ini, IOC mengemukakan panduan kepada seluruh badan sukan supaya menyingkir atlet Rusia dan Belarus daripada menyertai sebarang pertandingan antarabangsa.

Belarus dijadikan alat Rusia dalam misi pencerobohan Ukraine yang Moscow gelar ‘Operasi Ketenteraan Khas’.

“Kebenaran ini bukan untuk membenarkan Rusia kembali. Ia bertujuan membenarkan atlet yang memegang pasport Rusia kembali bertanding jika mereka tidak menyokong pencerobohan dan peperangan,” kata Bach, kepada akhbar Itali, Corriere della Sera.

Katanya, inilah dilema terpaksa dihadapi IOC kerana perang itu bukan dimulakan atlet Rusia.

Tambah Bach, pihaknya melihat sesetengah kerajaan langsung tidak mahu menghormati autonomi sukan antarabangsa.

“Sebab itu kami terpaksa mengambil langsah sebegini sebagai perlindungan, untuk sekurang-kurangnya ada garis panduan dan kami tidak hilang kuasa serta penghormatan,” katanya.

Video Terkini

Loading...