
Jonathan Balotelli isi kuota import penyerang Sang Kenari

PEMAIN import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Jonathan Boareto dos Reis rasmi diumumkan sebagai kuota pemain penyerang import antarabangsa Sang Kenari musim ini.
Berasal dari Rio De Janeiro, Brazil, khidmat pemain berusia 33 tahun itu ditagih bagi menjadi senjata pemusnah dalam skuad Nafuzi Zain untuk membentuk serangan berbisa.
Pada musim lepas, Balotelli mewakili kelab K2 Korea Selatan, Jeonnam Dragons.
“Selamat datang Jonathan Boareto dos Reis ke bumi Jelapang Padi. Berjuanglah sejiwa murni,” menurut kenyataan KDA FC pada Jumaat.
Balo akan menggunakan jersi bernombor 89 di musim 2023.