MALAYSIA terpaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 5-1 ke atas Laos dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Laos membuka tirai jaringan hasil sepakan C. Khounthoumphone seawal minit ke-19 untuk memberikan pasukannya kelebihan 1-0 ke atas Malaysia.

Malaysia cuba mencari jaringan penyamaan dengan beberapa percubaan berbahaya, namun pertahanan kukuh Laos berjaya mengekalkan kelebihan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Namun, Faisal Halim berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-59 hasil sepakan percuma sebelum Romel Morales meletakkan pasukan Malaysia di depan pada minit ke-65 dan ke-70.

Malaysia menambahkan jaringan selepas gol sendiri hasil kesilapan tandukan pemain pertahanan K. Thapaseut kepada penjaga gol pada minit ke-79.
Pemain gantian Paulo Josue menjaringkan gol hasil sentuhan pertamanya pada minit ke-82 untuk memberikan kemenangan 5-1 kepada pasukan Harimau Malaya.