SKIP Terbuka Hong Kong tidak bermakna beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengambil cuti daripada badminton, sebaliknya mereka tetap konsisten menjalani latihan.

Menurut Tang Jie, mereka tidak pernah berhenti menjalani latihan biarpun selepas kejayaan di Kejohanan Dunia kerana rentak permainan perlu dicari semula dari kosong.

“Everything okay, just try to find back my own rhythm and partnership with Wei, start from zero again,” katanya yang kini dilihat semakin matang bersama gandingannya.

Ee Wei pula menegaskan, setiap kejohanan memiliki cabaran tersendiri, namun pengalaman beraksi beberapa kali di China membantu mereka mengekalkan momentum.

Penyerahan insentif kemenamgan antara acara yang perlu dihadiri Chen Tang Joe-Toh Ee Wei semenjak bergelar juara dunia.

Selepas muncul juara dunia, kedua-duanya tetap meneruskan rutin latihan kecergasan kerana menganggap tiada ruang untuk berehat panjang biarpun sibuk menghadiri pelbagai acara rentetan kejayaan yang dicapai.

“Kita sama je, training, although ada event tapi kita sentiasa keep training fitness, tak ada yang lain,” jelas Tang Jie yang enggan terlalu hanyut dalam kejayaan lalu.

Selepas muncul juara dunia pada sambutan ulangtahun kemerdekaan 31 Ogos lalu, mereka akbirnya ke gelanggang kompetitif dan berjayameraih kemenangan pusingan pertama Masters China hari ini, dengan menewaskan pasangan Amerika Syarikat (AS), Chen Zhi Yi-Francesca Corbett 2-12, 21-14 dalam tempoh 31 minit.

Mereka bakal berdepan gandingan Indonesia, Jafar Hodayatullab-Felisha Pasaribu di pusingan kedua esok selepas lawan itu mengejutkan beregu Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dari Jepun.