PELUMBA negara, Kasma Daniel Kasmayuddin membuka tirai Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dengan cemerlang apabila menaiki podium sebagai juara Perlumbaan 1 Pusingan 3 di Litar Antarabangsa Sugo, Miyagj, Jepun pada Sabtu.

Beraksi dalam kelas Asian Superbike 1000cc (ASB1000), pelumba YAMAHA GEN BLU Racing Team ASEAN itu mencatat masa 29 minit 37:392 saat (s).

“Pada mulanya, saya tidak berasa yakin tetapi saya terus memerhatikan kumpulan hadapan. Kemudian saya menyedari mempunyai potensi untuk bergerak ke hadapan dan saya cuba merapatkan jurang pusingan demi pusingan.

“Strategi saya berjaya dan saya sangat bersyukur untuk kemenangan pertama saya musim ini. Ada satu lagi perlumbaan esok (hari ini) dan saya terus berusaha untuk mengulangi kejayaan itu,” katanya.

Markus Reiterberger dari Pasukan ONEXOX BMW TKKR menduduki tempat kedua pada 20’39:529s sementara Keisuke Maeda dari Pasukan GYTR meraih tempat ketiga pada 29’42:993s.