SEMBILAN tahun era kegemilangan bersama Liverpool bakal berakhir buat penyerang prolifik Liverpool, Mo Salah selepas mengesahkan bakal meninggalkan pasukan pada musim hadapan.
Persetujuan itu dicapai bersama kelab untuk menamatkan kontraknya yang sepatutnya berakhir pada tahun 2027.
Beliau berterima kasih kepada peminat dan mengatakan bahawa mereka akan tetap bersama di dalam hati beliau.
“Disebabkan anda, saya tidak akan pernah berjalan sendiri,” katanya di dalam media sosial beliau.
Menyertai Liverpool daripada AS Roma pada musim panas 2017, Salah telah menempa nama sebagai antara pemain terbaik sepanjang masa Liverpool.
Beliau merupakan penjaring ketiga terbanyak untuk Liverpool dengan 255 gol dalam 435 penampilan setakat ini dan telah memenangi empat anugerah penjaring terbanyak semusim Liga Perdana Inggeris.
Dengan perjalanan beliau bersama Liverpool semakin hampir ke penghujung, apakah perjalanan seterusnya untuk beliau ?
Kredit gambar: This Is Anfield