KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengakui keadaan padang yang kurang memuaskan menjadi punca utama anak-anak buahnya gagal bermain corak permainan yang biasa diperagakan.
Namun begitu dia tetap memuji barisan pemainnya yang beraksi cemerlang dan menunjukkan semangat juang yang tinggi meskipun berhadapan lawan yang sukar.
Hector juga berkata dengan kehadiran ramai pemain berkualiti dalam skuad JDT, dia mungkin tidak mengalami masalah untuk mencari pengganti Afiq Fazail yang digantung permainan akibat dilayangkan kad merah.
3️⃣ goals, 3️⃣ different scorers
More photos at https://t.co/shCQaVq92Q#KELvJDT#TMPialaMalaysia2022#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/4opsviEAfS
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 5, 2022
Selain itu pengendali Harimau Selatan itu turut gembira dengan prestasi Syafiq Ahmad dalam kempen Piala Malaysia kali ini selepas dia membuktikan kemampuannya apabila diberikan peluang untuk beraksi.
“Seperti yang dapat dilihat, sejak dari minit pertama lagi kami menunjukkan sikap mahu memenangi perlawanan ini dan ini adalah satu sikap yang sangat baik yang ditunjukkan oleh para pemain.
“Hari ini adalah satu lagi perlawanan yang sukar. Kami cuba bermain permainan kami tetapi keadaan padang berada dalam keadaan yang tidak sesuai untuk. Tahniah kepada pemain kerana berjaya menunjukkan persembahan yang baik.
“Kesemua perlawanan dalam Piala Malaysia ini adalah sukar dan kami perlu mencari pengganti Afiq Fazail. Tetapi dengan ‘squad depth’ yang ada dan dengan pemain yang berkualiti, kami mempunyai banyak pilihan untuk dilakukan.

Syafiq Ahmad
“Syafiq Ahmad dan Fernando Forestieri kedua-duanya menunjukkan kesungguhan ketika latihan dan kami membuat keputusan untuk memberikan peluang kepada Syafiq dan gembira kerana dia berjaya membuktikan kemampuannya dalam tiga perlawanan ini,” kata Hector dalam sidang media selepas perlawanan di Kota Bharu.
Meskipun kelihatan selesa selepas mendahului 3-0 pada perlawanan pertama ini, Hector masih menganggap perlawanan ini belum berakhir dan mahu memastikan para pemain untuk fokus kepada latihan dan sesi pemulihan untuk perlawanan seterusnya.
Harimau Selatan membawa bekalan selesa ke Iskandar Puteri menjelang aksi timbal balik yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 11 November 2022 dengan sebelah kaki kini sudah dilihat layak ke peringkat separuh akhir.