MALAYSIA berjaya menempah slot ke perlawanan separuh akhir Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2023 selepas menewaskan India 3-0 pada aksi suku akhir yang berlangsung awal pagi Jumaat di Spokane, Amerika Syarikat.

The Podium 2 telah menyaksikan kemenangan Malaysia dengan memperoleh mata pertama menerusi beregu campuran Bryan Groonting-Chan Wen Tse yang menumpaskan Sathwik Reddy Kanapuram-Vaishnavi Khadkekar dengan straight set, 21-12, 21-16.

Seterusnya perseorangan lelaki, Eogene Ewe telah bangkit dari kekalahan dalam set kedua sejurus menakluki permainan dengan meraih mata kedua selepas mengalahkan Ayush Shetty 21-18, 16-21, 21-16.

Skuad remaja negara telah mengesahkan kejayaan buat Malaysia untuk ke peringkat separuh akhir melalui perseorangan wanita, Ong Xin Yee selepas menundukkan Devika Sihag 18-21, 21-16, 21-14.

Malaysia seterusnya akan bertemu dengan pasukan China pada aksi separuh akhir Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2023.

Untuk rekod, China telah menguasai acara beregu lelaki dan perempuan serta beregu campuran dengan meraih pingat emas pada Kejohanan Remaja Dunia di Santander, Sepanyol pada Oktober lalu manakala Malaysia tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat.