BEREGU lelaki nombor dua dunia, Aaron Chia yakin Malaysia mampu mendominasi saingan beregu lelaki di Kejohanan Dunia Paris 2025, sekali gus mengisi empat slot separuh akhir kejohanan berprestij itu.

Gandingan Aaron-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Arif Junaidi-Yap Roy King membuktikan kemajuan prestasi beregu negara.

“Kita ada empat pair kan, so saya rasa semifinal semua all Malaysian, itu dah wajib,” kata Aaron penuh semangat, ditemuo di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Kim Won Ho-Seo Seung Jae (Korea Selatan) kini berada di ranking nombor 1 dunia, pencabar utama di Kejohanan Dunia 2025.

Walaupun mengakui saingan beregu lelaki dunia semakin sukar diramal, Aaron tetap optimis dengan kekuatan pasukan negara sambil menyifatkan Kim Won Ho-Seo Seung Jae sebagai ancaman utama.

“Preparation untuk setakat ni memang ongoing well… kita masih fokus dekat gameplay dari Coach Herry (Iman Poerngadi) dengan konsistensi,” jelasnya yang turut menyasarkan gelaran dunia kedua selepas kejayaan di Tokyo 2022.

Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik sudah memenangi tiga gelaran (Kejohanan Asia, Terbuka Thailand dan Singapura); Wei Chong-Kai Wun (Masters Indonesia dan Malaysia); Arif-Roy King (Terbuka Macau), Sze Fei-Nur Izzuddin (juara Terbuka India dan naib juara Terbuka Jepun).