Select Page

Kelayakan Piala Asia B-17 : Ujian getir menanti anak buah Osmera di Bogor

Kelayakan Piala Asia B-17 : Ujian getir menanti anak buah Osmera di Bogor

PASUKAN bola sepak bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan akan memulakan cabaran getir Kelayakan Piala Asia B-17 di Bogor, Indonesia pada Sabtu.

Kempen Malaysia dalam Kumpulan B disifatkan sebagai kumpulan maut apabila diletakkan bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia dan Guam.

Menurut Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berlangsung sidang media pra perlawanan yang dihadiri oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya B-16, Osmera Omaro dan pemain, Afiq Danish serta Ketua Jurulatih dan wakil pemain dari pasukan Palestin, Guam, UAE dan Indonesia.

Skuad bimbingan Osmera Omaro dijadual bertemu Palestin dalam aksi pembukaan di Stadium Pakansari.

Terdahulu, skuad negara mencatat kemenangan positif 2-1 ke atas Chinese Taipei pada aksi persahabatan di Stadium UiTM Shah Alam, Rabu lepas.

Pemerhati tempatan percaya ia menjadi satu gambaran buat Osmera menyusun strategi terbaik sepanjang perlawanan nanti.

Untuk rekod, skuad ini gagal melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan Piala AFF baru-baru ini.

Video Terkini

Loading...