BAGI meraikan detik bersejarah dalam bola sepak negara itu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, mengumumkan cuti umum selepas pasukan bola sepak negara itu mengejutkan Argentina 2-1 di Piala Dunia Qatar.
Kemenangan di Stadium Lusail itu, adalah yang terbresar dalam sejarah Piala Dunia.
“Esok, Rabu adalah cuti umum untuk semua pekerja di sektor awam dan swasta.
“Begitu juga pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di semua peringkat,” lapor Arab News.
Ketika ini pelajar di Arab Saudi sedang menduduki peperiksaan akhir tahun dan ia terpaksa dijadualkan semula.
Pasukan Arab Saudi ketinggalan selepas jaringan penalti Lionel Messi di awal babak permainan, namun mereka bangkit menyamakan kedudukan menerusi Saleh Al-Shehri dan Salem Al-Dawsari yang meledak gol kemenangan di Stadium Lusail, Doha.
Semua taman tema utama dan pusat hiburan di Riyadh juga tidak akan dikenakan yuran kemasukan sepanjang hari bersempena kemenangan itu.
Arab Saudi kendalian Herve Renard berada di ranking ke-51 dunia, manakala Argentina, hadir dengan reputasi sebagai juara dua kali dan dibarisi pemenang tujuh kali Ballon d’Or, Messi.
Anak buah Renard akan bertemu Poland Sabtu ini. – AFP