AKSI tidak menentu Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dinoktahkan dengan kejayaan membenam Tottenham Hotspurs 4-2 meskipun ketinggalan 0-2 pada aksi babak pertama.

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola tidak berpuas hati dengan corak yang dipamerkan anak buahnya biarpun berjaya menewaskan Tottenham Hotspurs semalam.

Baginya, skuad kendaliannya mampu mempamerkan aksi lebih baik dan perlu segera mengubah corak permainan ke arah positif.

Guardiola mahukan penyokong untuk terus  bersama mereka dan bersorak sehingga ke wisel penamat bagi mengembalikan nostalgia The Citizens yang pernah digeruni satu ketika dahulu.

“Penyokong diam selama 45 minit pada babak pertama. Saya mahukan penyokong saya semula. Saya mahukan reaksi dari seluruh organisasi dan bukan hanya pemain.

“Saya mahu penyokong untuk terus memberi tekanan kepada kami. Minta lebih daripada kami. Bagitahu kami ‘ayuh semua’. Tunjukkan lebih yang anda boleh lakukan,” jelasnya.

Sementara itu, Pep Guardiola sedar sesuatu perlu dilakukan kerana dengan corak persembahan semalam dia yakin pasukan mereka akan menjadi belasahan Arsenal.

“Kita bunga yang gembira. Saya mahu kalahkan Arsenal. Jika main seperti ini, sudah pasti Arsenal akan mudah mengatasi kita.

“Arsenal adalah pasukan yang mempunyai api yang membara, setelah dua dekad tanpa kemenangan Liga Perdana Inggeris. Saya beritahu anda realiti. Kesemuanya selesa bagi City tetapi lawan tidak akan menunggu,” kongsinya.