KUALA Lumpur City FC (KL City FC) mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada Jumaat.

Kemenangan itu membolehkan skuad The City Boys naik satu anak tangga ke kedudukan keenam Liga Super dengan 24 mata selepas 18 perlawanan.

TFC terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Muhammad Safwan Mazlan, namun KL City FC segera bangkit sebelum babak pertama berakhir hasil gol penyamaan Paolo Josue.

Gol kemenangan hadir pada minit ke-79 apabila pemain gantian, Patrick Reichelt, mencetak gol kedua buat KL City FC, memastikan pasukannya pulang dengan tiga mata penuh setelah mengekalkan kedudukan 2-1 hingga wisel penamat.