PENGEDALI Liverpool, Jurgen Klopp mahu mengambil sedikit lagi risiko dengan merekrut beberapa pemain di bahagian tengah pasukan tersebut semasa jendela perpindahan masih berlangsung.
Sebelum ini, The Reds telah berjaya mendapatkan khidmat penyerang, Darwin Nunez dan dua pemain muda iaitu Calvin Ramsay dan Fabio Carvalho.
“Dari masa ke masa saya bersedia untuk mengambil risiko. Kita akan mencuba segala-galanya sehingga jendela perpindahan tamat.
“Masih ada masa tetapi apabila ianya tamat samada pemain menandatangani atau tidak, saya tetap gembira kerana kita boleh berhenti berfikir tentang pembelian arkitek tengah sebaliknya fokus kepada prestasi skuad dan pasukan kami.
“Semakin kita menghampiri detik akhir, ianya menjadi semakin sukar. Kita bukannya mengalah tetapi harus menerima hakikat ianya sangat sukar,” ujar Klopp.
"We were going for a midfielder, but that midfielder decided to go to another club…"
"We cannot just push the button and say 'bring him in', and then worry about all the problems it could create…"
Jurgen Klopp from the embargoed press conference. pic.twitter.com/rzhu1j2M9T
— The Anfield Wrap (@TheAnfieldWrap) August 30, 2022
Semasa awal musim, kelab Anfield itu terpaksa berhadapan dengan masalah kecederaan pemain namun kini Curtis Jones, Joel Matip, Diogo Jota, Thiago Alcantara, Caoimhin Kelleher dan Ramsay semakin hampir kembali beraksi bersama Liverpool.