PENGENDALI kelab Manchester City, Pep Guardiola menyatakan bahawa pemainnya Erling Haaland mungkin telah mencatatkan 15 gol musim ini jika lebih berusaha namun dia sedar bahawa dirinya tidak boleh mementingkan perkara yang sudah berlalu.
Pemain berusia 23 tahun itu dijangka berpeluang dalam menjaringkan gol sebanyak 29 peratus, berbanding dengan 60 peratus pada tempoh yang sama musim lalu namun peluang sebanyak sembilan kali dalam dua perlawanan terakhir itu tidak dapat dimanfaatkan.
Guardiola dengan penuh keyakinan menyatakan bahawa Haaland mempunyai kepakaran yang luar biasa dan pencapaian ini menunjukkan prestasi pasukannya dalam setiap aksi perlawanan.
“Saya selalu perasan bahawa apabila pasukan kami telah bermain dengan baik, Erling akan memiliki peluang-peluang untuk memberi rembatan tetapi sesuatu yang tidak betul telah berlaku dalam proses dan dinamik pasukan kami sejurus memesongkan sasaran tersebut.
“Jadi, saya tidak menyalahi Haaland kerana saya boleh melihat kemampuan dan peningkatan prestasi yang ada pada dirinya kini dan pasti kejayaan akan dirangkul satu hari nanti,” katanya kepada Daily Mail.
Selepas mencipta rekod musim lalu yang mengagumkan, Haaland kini mempunyai tiga gol dimana lebih daripada Odsonne Edouard, Evan Ferguson, dan Bryan Mbeumo dalam Liga Perdana sejurus kedudukan Haaland dalam Boot Emas tidak dapat digugatkan.
Dalam pada itu, City berharap bahawa Jack Grealish akan dapat menyertai sebahagian daripada perlawanan Sabtu depan menentang Nottingham Forest selepas mengalami kecederaan pada paha yang menyebabkannya cuti selama tiga minggu.
Walau bagaimanapun, Bernardo Silva tidak akan beraksi atas sebab masalah otot yang dialaminya pada malam Selasa lalu manakala John Stones, Mateo Kovacic, serta Kevin De Bruyne masih belum pulih.