PENGURUS Liverpol, Jurgen Klopp menyifatkan Divock Origi sebagai pemain legenda.
Ia berikutan Origi yang masuk sebagai pemain gantian tampil dengan aksi luar biasa ketika bertemu Everton pada Ahad.
Origi dimasukkan pada minit ke-60 selepas The Reds masih mencari rentak, namun sentuhan pemain itu bersama Mohamed Salah berjaya membuahkan hasil.
Bagaimanapun pemain antarabangsa Belgium itu bakal meninggalkan Anfied musim panas ini dilihat tidak banyak beraksi, namun Origi kemungkinan akan ke AC Milan.
“Dia adalah legenda di dalam dan luar padang. Bagi saya dia pemain yang menakjubkan, penyerang kelas dunia dan penyudah terbaik. Semua orang juga berfikiran begitu.
“Dia menjalani latihan tetapi tiada dalam skuad yang kelihatan sukar, dan keputusan yang sangat sukar untuk dibuat.
“Semua pemain bertanggungjawab dengan situasi kini. Semua orang sayangkan Div,” ujar Klopp.
Pada aksi tersebut Liverpool menang 2-0 yang menyaksikan mereka mengekori rapat pendahulu liga, Manchester City (80 mata) dengan 79 mata selepas 33 perlawanan.