BELGIUM memulakan kempen Piala Dunia 2022 dengan positif. The Red Devils menang 1-0 ke atas Kanada dalam perlawanan pertama hasil jaringan tunggal Michy Batshuayi.
Malah, perlawanan Kumpulan F yang berlangsung di Stadium Ahmad bin Ali sebentar tadi cukup sengit.
Kanada dihadiahkan penalti ketika permainan baru memasuki 10 minit. Bagaimanapun, Thibaut Courtois menafikan tendangan Alphonso Davies.
Menjelang separuh masa, Belgium menjaringkan gol menerusi Michy Batshuayi. Gol itu berjaya dipertahankan sehingga wisel panjang.
Dengan keputusan ini, Belgium telah melonjak ke tangga teratas Kumpulan F Piala Dunia 2022 dengan tiga mata. Croatia dan Maghribi terus kekal dengan berkongsi satu mata, manakala Kanada berada di tangga terbawah.
Difference makers 🧤⚽️#FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/VdTyPuNjqI
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 23, 2022
Pemain :
Belgium: Thibaut Courtois; Leander Dendoncker, Toby Alderweireld, Jan Vertonghen; Timothy Castagne, Youri Tielemans (Amadou Onana 46′), Axel Witsel, Yannick Carrasco (Thomas Meunier 46′); Kevin de Bruyne, Eden Hazard (Leandro Trossard 67′); Michy Batshuayi (Lois Openda 78′)
Kanada: Milan Borjan; Alistair Johnston, Steven Vitoria, Kamal Miller; Junior Hoilett (Cyle Larin 58′), Atiba Hutchinson (Kenneth Kone 58′), Stephen Eustaquio (Jonathan Osorio 81′), Richie Laryea (Samuel Adekugbe 74′); Tajon Buchanan (Liam Millar 81′), Alphonso Davies; Jonathan David