CAMEROON kembali dalam persaingan apabila mereka menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit untuk menyamakan kedudukan dan mengakhiri perlawanan 3-3 ketika menentang Serbia pada aksi Kumpulan G di Stadium Al Janoub (Al Wakrah) sebentar tadi.

Pemain gantian Vincent Aboubakar terlibat dalam kedua-dua gol yang datang daripada serangan balas pantas.
Dia kemudian membuat hantaran kepada Eric Maxim Choupo-Moting, yang merembatnya dari jarak dekat.

Terdahulu, Aleksandar Mitrovic menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua untuk membolehkan Serbia mendahului 3-1.

Strahinja Pavlovic dan Sergej Milinkovic-Savic telah membantu Serbia bangkit dari ketinggalan pada masa kecederaan separuh masa pertama. Kedua-dua pasukan memasuki bilik persalinan pada separuh masa pertama, dengan Serbia mendahului 2-1.

Sementara itu, Jean-Charles Castelletto memecah kebuntuan, memberikan Cameroon kelebihan satu gol dalam tempoh setengah jam. Mitrovic, penyerang bintang Serbia, juga miliki tiga kali peluang yang diperoleh pada separuh masa pertama.

Keputusan seri ini memastikan Cameroon dan Serbia masing-masing mengutip satu mata. Manakala, pesaing lain dalam kumpulan, Brazil dan Switzerland mengumpul tiga mata selepas menang dalam aksi pembukaan.