KAPTEN Brazil, Dani Alves membayangkan kekalahan kepada Cameroon seharusnya menjadi ‘isyarat amaran’ yang perlu diberi perhatian, menjelang pertemuan dengan Korea Selatan pada saingan 16 terakhir.
Meskipun optimis Danilo dapat diturunkan, namun status status Neymar dan Alex Sandro masih diragui dan dalam pemantauan.
Pada aksi itu, pengurus Brazil, Tite terpaksa menggilirkan skuad, kerana mereka diulit kebimbangan kecederaan baru dengan Alex Telles dan Gabriel Jesus pula perlu menjalani ujian imbasan pada kecederaan yang dialami ketika menentang Cameroon.

Dani Alves mahu pasukan sedar Brazil dalam situasi bahaya.
Pada perlawanan itu, Brazil mendominasi perlawnan namun mereka tewas dengan jaringan lewat permainan Vincent Aboubakar.
Tite merombak pasukan dengan sembilan pertukaran selepas mereka mengatasi Switzerland 1-0, hingga mereka mengesahkan tempat ke saingan 16 terakhir, namun rombakan itu dilihat gagal menjelmakan kemengan mutlak tiga perlawanan dalam kumpulan G.

Alex Sandro cedera buku lali.
Alves muncul pemain lelaki paling tua Brazil di Piala Dunia ketika dia menjadi kapten menentang Cameroon, mahu pasukannya belajar dari kekalahan itu.
“Ini adalah isyarat amaran. Tiada pasukan lawan yang lemah. Pelajarannya, kita perlu sentiasa bersedia dalam perlawanan.
“Hari ini kita tamatkan dengan perasaan hari yang indah terlepas dari tangan kami, pemain yang kurang bermain,” kata Alves.

Kecederaan Neymar masih diragui.
Tite akan merombak semula untuk meletakkan kesebelasan terkuatnya menentang Korea Selatan sambil mengharapkan khabar baik dari bilik perubatan.
Menjelang perlawanan itu, Neymar, Alex Sandro dan Danilo mengalami kecederaan.
Neymar dan Danilo cedera buku lali ketika mereka menang 2-0 ke atas Serbia manakala Alex Sandro pula cedera peha ketika mereka menang 1-0 ke atas Switzerland.

Alex Telles mengadu sakit lutut kanan.
Doktor perubatan, Rodrigo Lasmar ketika menjelaskan kedudukan terkini kecederaan dalam skuad Brazil berkata, ada perkembangan positif.
“Danilo menunjukkan perkembangan positif, melakukan latihan dengan bola dan dapat menunjukkan kemampuan untuk turun jalani latihan dengan pemain lain. Kami jangka dia dapat diturunkan nanti.
“Mengenai Neymar dan Alex Sandro, kami masih mempunyai 72 jam sebelum perlawana seterusnya, kita harap masa memihak kita. Masih ada peluang dan kami akan menilai perkembangannya.

Gabriel Jesus juga cedera lutut kanan pada perlawanan menentang Cameroon.
“Kedua-duanya belum memulakan latihan menggunakan bola setakat ini, mungkin esok kerana penting untuk kita lihat bagaimana pemain bertindak balas dengan rangsangan ini. Ia bergantung kepada tindak balas itu dalam masa dua hari lagi,” kata Lasmar.
Sementara itu, Thiago Silva turut memberi pandangan peribadinya.
“Esok dia (Neymar) akan menjalani lebih banyak ujian… saya tidak tahu sama ada dia dapat memakai but atau tidak,” katanya Silva.
Dalam pada itu, Lasmar memberi perkembangan terkini kecederaan dialami pemain ketika menentang Cameroon.
“Berkaitan perlawanan hari ini, kami berdepan dua isu perubatan. Alex Telles merintih sakit lutut kanan selepas perlanggaran dan segera diusung ke bilik persalinan. Ujian imbasan MRI hanya akand ilakukan esok dan kita akan nilai masalah dihadapinya.
“Situasi hampir sama dihadapi Gabriel Jesus, mengatakan sakit pada lutut kanan dan kami akan membuat penilaian esok.”