SATU kehilangan yang amat besar buat Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) apabila salah seorang pelatihnya, Muhammad Firdaus Mohd Faizul dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi Rabu.
Menurut laman Facebook rasmi National Football Development Programme (NFDP), Allahyarham Firdaus telah disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Allahyarham Firdaus juga merupakan Pelatih Pusat Latihan Daerah (PLD) Pudu Bawah 14 tahun.
“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan buat seluruh keluarga besar NFDP kerana beliau merupakan pelatih yang baik hati, ceria dan komited dalam setiap latihan mahu pun perlawanan yang disertai.
“Marilah kita bersama-sama mendoakan roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman,” tulis kenyataan NFDP pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN : Pelatih AMD Bawah 17 Tahun meninggal dunia