Select Page

LTdL 2022 : TSG realistik, tetap sasaran kedudukan ‘Top 10’

LTdL 2022 : TSG realistik, tetap sasaran kedudukan ‘Top 10’

TERENGGANU Polygon Cycling Team bersikap realistik dalam meletakkan sasaran pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang bermula 11 Oktober ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus, enam pasukan berstatus jelajah dunia serta empat pasukan pro dunia dijangka lebih menonjol pada edisi ke-26 kali ini.

“TSG berdepan tugas sukar untuk menyaingi pasukan lain dan sasaran kali ini lebih rasional iaitu satu kedudukan podium dan kedudukan ‘top 10’ bagi kategori keseluruhan atau jersi kuning.

“Kami membuat penilaian pernah berlumba dengan pasukan tersebut dan tidak dinafikan tahap kualiti mereka memang berbeza serta berada dalam kelas tersendiri.

“Malah aspek laluan juga tidak memihak TSG apabila lima daripada lapan peringkat perlumbaan ‘menghidangkan’ zon pendakian yang pasti menyukarkan jaguh pecut kami

“Laluan juga tidak memihak TSG di mana lima daripada lapan peringkat ‘menghidangkan’ zon pendakian yang akan menyukarkan jaguh pecut kami,” jelasnya kepada FLASH SUKAN.

Menurut Nasiruddin, barisan pelumba TSG yang akan membawa cabaran pada LTdL 2022 adalah Anatoliy Budyak, Metkel Eyob, Youcef Reguigui, Sainbayar Jambaljamts, Hariff Saleh dan Nur Aiman Mohd. Zariff.

Tambah beliau lagi, TSG sedang membuat persiapan akhir sebelum LTdL membuka tirai dengan menyertai siri perlumbaan di Iran dan Taiwan.

 

Video Terkini

Loading...