BEKAS pemain muda PDRM FC, A. Mahendran kini melebarkan pengalamannya bersama kelab Divisyen 1 Laos, Namtha United FC selama satu musim.

Anak sulung daripada dua beradik berusia 23 tahun ini memberitahu musim ini amat bermakna bagi menambahkan lagi portfolio kariernya sebagai pemain bola sepak.

Dengan pelbagai cabaran yang dilalui sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, dia akhirnya boleh menarik nafas lega seketika kerana azamnya untuk mendapatkan minit permainan kini tercapai.

“Saya tiba di Laos Januari lalu, dan bulan ini menerima tawaran kontrak selama satu musim bersama Namtha United FC. Saya menerima peluang yang hadir ini walaupun sedar ranking bola sepak Laos (187) lebih rendah dari Malaysia (145).

Mahendran kini beraksi di kelab Divisyen 1 Laos.

“Namun saya memerlukan pengalaman dan minit permainan memandangkan di Liga Malaysia peluang untuk mendapatkannya agak terbatas.

“Dalam masa yang sama, saya tidak mahu minat saya ini terbantut dan mahu keluar menambah pengalaman dan berharap satu hari nanti nama saya dipanggil bagi menyertai pasukan kebangsaan. Ini impian saya,” kongsinya kepada FLASH SUKAN.

Menyingkap kembali karier profesionalnya, Mahendran memulakan penampilan bersama pasukan Piala Presiden untuk pasukan PDRM FA (Jan-Nov 2020) selepas pulang dari Akademi Bolasepak Marbella City, Sepanyol selama dua tahun.

“Tahun 2021, saya bersama PDRM FC, namun hanya banyak memanaskan bangku simpanan.

“Penghujung tahun itu juga, sekali lagi saya mencuba nasib keluar negara bermain bersama kelab Divisyen 4 Ireland, St Francis, namun tidak dapat teruskan kerana masalah permit pemain.

Mahendran (dua Kiri) menjalani latihan bersama Namtha United FC

“Dalam tahun yang sama saya cuba ke Turki, namun tidak berjaya. Jadi tahun lalu saya kembali ke Malaysia bermain bersama Tun Razak City FC.

“Saya masih belum mencapai kepuasan bermain dan membuat keputusan untuk mencuba nasib lagi di luar negara, bersama kelab di Laos,” jelasnya yang bermain di posisi pertahanan tengah.

Jauh di sudut hati Mahendran, dia berharap akan kembali beraksi di Liga Super Malaysia selepas ini sekaligus dapat menyarung jersi Malaysia.

“Saya tidak akan berhenti berusaha untuk menarik perhatian kelab pilihan saya PDRM FC, berada dalam barisan utama. Saya yakin satu hari saya kembali bersama mereka.

“Saya berkobar-kobar untuk membantu PDRM FC memandangkan Liga Super semakin mencabar dan baik,” tambahnya.

Profil:

Professional Contract:
2020: PDRM FA President Cup🇲🇾 (Jan- Nov2020)
2021: PDRM FC Div2🇲🇾(Jan -September 2021)
2021 :St Francis Fc Div 4🇮🇪
2021: Avicilar 🇹🇷
2022- Tun Razak City Fc Div3🇲🇾 ( Jan – July 2022)
2023- Namtha United Fc Div 1 🇱🇦

Clubs:
2011- 2014 : Royal Selangor Club ( Youth Academy)
2015 :Smart Focus fc(Liga Fas Div 4)
2016: Help University ( College Div1)
2017 :KLYS Academy
2018 : KLYS Academy
2018:Marbella City Football Academy(Spain)
2019:Marbella City Football Academy(Spain)

Trials/Training Stint:
2016- Megah Murni Fc (Liga Fam Div3 Malaysia)
2016-Bharat Fc (Div 2 India)
2016 – Kuala Lumpur Fa ( U-19 Div1)
2019- Europa point fc(Gibraltar Div 1)
2019- Athletico Marbella(Div 6 Spain)
2020- Selangor 2 ( Premier league Div 2)
2020- PJCITY FC ( U-21 Malaysia League)
2020- Semarak Fc ( Liga M3 Div 3 Malaysia)