
Arsenal lebarkan jarak pendahulu, Manchester United terima derita Casemiro

SAINGAN Liga Perdana Inggeris, Arsenal capai kemenangan 3-0 ke atas Fulham dalam pertembungan derby London, kembali melebarkan jarak kepada lima mata di hadapan Manchester City.
Mikel Arteta menampilkan barisan terkuat dengan meletakkan Leandro Trossard di hadapan bersama Bukayo Sako dan Gabriel Martinelli.
Arsenal juga mendapat petunjuk baik apabila Gabriel Jesus dimasukkan ketika permainan berbaki 13 minit untuk ditamatkan, dan penampilannya itu yang pertama selepas 100 hari berehat akibat kecederaan.
Penyerang Brazil itu hampir menjaringkan gol namun penjaga gol Fulham Bernd Leno menafikannya ketika Arsenal sudah di depan dengan tiga gol.

Gabriel Jesus dari Arsenal membuat penampilan pertama sebagai pemain gantian, selepas berehat panjang akibat kecederaan -Photo: Jacques Feeney / Offside.
Terdahulu, Gunners tidak berdepan masalah berakasi di Craven Cottage, hampir mendapat gol pertama pada minit ke-16, menerusi jaringan sendiri Antonee Robinson, sebelum jaringan itu dibatalkan kerana rangkaian penyerang Arsenal dikesan offsaid.
Mereka akhirnya mendapat gol pendahuluan pada minit ke-21, menerusi jaringan Gabriel Magalhaes sebelum Gabriel Martinelli menggandakan kedudukan pada minti ke-26.
Martin Odegaard melengkapkan kemenangan menerusi jaringan pada masa kecederaan babak pertama.
Sementara itu, di Old Trafford, Caseiro dibuang padang pada minit ke-34, ketika Manchester united melayan kunjungan Southampton.

Casemiro ditenangkan rakan sepasukan selepas dibuang padang akibat dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan berbahaya ke atas pemain Southampton papda perlawanan Manchester united vs Southampton yang berakhir 0-0. -Pix Football365
Bekas pemain tengah Real Madrid itu meneria kad merah selepas melakukan kekasaran ke atas Carlos Alcaraz.
Sebelum berpindah ke Old Trafford, Casemiro tidak pernah dilayangkan kad merah secara langsung meskipun pernah diarah keluar padang sebanyak dua kali dalam aksi La Liga, itu pun selepas menerima dua kad kuning ketika menentang Barcelona dan Real Valladolid.
Dalam pada itu, akibat kad merah terbabit, Casemiro akan terlepas empat perlawanan bersama United, membuatkan kelab itu semakin terdesak untuk mempertahan kedudukank ketiga liga selepas hanya seri tanpa jaringan dengan Southampton yang menghuni tangga tercorot.
Keputusan lain, Newcastle kini melonjak ke tangga kelima mengatasi Liverpool selepas mencapai kemenangan 2-1 ke atas Wolverhampton, manakala West Ham United dan Aston Villa terika 1-1. -Agensi