SELEPAS berakhir Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thailand di Korat, 8 September lalu, perseteruan Malaysia-Thailand diteruskan ke negara Tembok Besar, di China.

Skuad sepak takraw Gajah Putih terlalu ampuh menguasai acara regu berpasukan sejak 1989, sehingga ke Piala Dunia Istaf di Kuala Lumpur, 26 Mei lalu dan Malaysia berterusan menjadi pemburu setia.

Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia Astaf Kedua, yang akan berlangsung di Pantai Emas Qingdao, Shandong, di China dari 20 hingga 23 September 2024 menjadi penyambung perseteruan dua negara kuasa sepak takraw dunia itu.

Turut mengambil bahagian, enam lagi negara termasuk tuan rumah China, India, Vietnam, Korea Selatan, Iraq dan Filipina dalam kejohanan yang mempertandingkan dua acara, regu dan trio bagi kategori lelaki dan wanita.

Pantai Emas Qingdao, Shandong, di China, sedang disediakan bagi menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia Astaf Kedua.

Malaysia mempertaruhkan skuad pelapis bawah 21 tahun yang dikendalikan bekas pengumpan skuad pemenang pingat perak Sukan Asia Guangzhou 2010, Mohd Hafizie Manap.

Kebanyakan pemain dalam skuad ini, turut mewakili PSM Mavericks dalam Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen Satu 2024.

Mereka ialah Akif Ismat Zairi, Muhammad Hariz Hipni, Muhammad Wazir Madi, Muhammad Shahrain Zameer Shamsuddin, Muhammad Aqil Fawwaz dan Muhammad Firdaus Zahari.

PSM menghantar skuad B-21 tahun ke Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia Astaf Kedua di Pantai Emas Qingdai, Shandong, China.

Dalam Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia sulung pada 2019 yang juga berlangsung di Qingdao, Malaysia yang diwakili Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi tempat ketiga.

Kejohanan edisi kedua ini mendapat pengiktirafan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).

Presidennya, Datuk Abdul Halim Kader ini yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) berkata, kejohanan itu membabitkan kategori kuadran (berempat) dan trio (regu-tiga pemain).

“Acara regu sepak takraw pantai ibarat kuadran (berempat) dalam sepak takraw biasa yang masih dengan tiga sentuhan bola manakala trio membabitkan tiga pemain sahaja.

Keadaan gelanggang kedua Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia Astaf 2024 di Pantai Emas Qingdao, Shandong, China yang terjejas akibat dilanda Taufan Pulasan.

“Servis acara-acara pantai oleh mana-mana pemain juga dilakukan dari luar garisan belakang gelanggang yang tanpa sebarang bulatan,” katanya yang juga Pengarah Teknikal Kejohanan.

Thailand pula bakal tampil dengan dua bekas pemain STL Melaka Titans, Sabah Mountaineers dan Bomba Fighters iaitu Loesak Kuram dan Theeranan Seesawang yang berusia 22 tahun.

Menariknya ialah skuad enam pemain mereka turut disertai tekong servis kuda legenda emas Sukan Sea, Sukan Asia dan Piala Raja Thailand – Suebsak Phunsueb yang kini menjadi pengurus pasukan.