KETUA jurulatih Arab Saudi Roberto Mancini memuji pertahanan Saud Abdulhamid menjelang perlawanan terakhir Kumpulan F Piala Asia AFC 2023 menentang Thailand di Stadium Education City Khamis malam.

Saud,24, antara salah seorang daripada tiga pemain luar yang telah bermain sepanjang 180 minit untuk Green Falcons setakat ini dan sumbangannya dalam kedua-dua fasa pertahanan dan menyerang membuktikan dia mendahului rakan sepasukannya dalam hantaran silang dengan 15 dari 17 percubaan.

Anak buah Mancini sudah pun layak ke Pusingan 16 dan memerlukan satu mata untuk memastikan tempat teratas kumpulan, tetapi pakar taktik Itali itu tidak sabar menang kali ketiga untuk mencipta sejarah kali pertama Arab Saudi di pentas Piala Asia.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang berada di Doha dan menyokong kami dari awal kejohanan dan saya harap mereka kekal bersama kami sehingga akhir.

“Sasaran kami adalah untuk menang dan dalam kejohanan ini, jika anda mahu masuk final, anda perlu menentang pasukan terbaik. Kami tidak tahu siapa yang akan kami hadapi seterusnya, tetapi tumpuan kami sekarang adalah pada perlawanan Thailand, kemudian kami akan memikirkan perlawanan seterusnya,” ujar Mancini.

Jelasnya, dari segi kecergasan dan kerja keras dalam latihan ialah Saud Abdulhamid, yang memiliki kualiti yang luar biasa.

“Kami mempunyai 26 pemain, semuanya bersedia untuk bermain. Kami mempunyai pemain muda yang bagus. Kami akan membuat keputusan muktamad mengenai kesebelasan utama.

“Apabila anda berada dalam kem latihan, anda akan mengenali pemain dengan lebih baik. Jadi, jika saya memilih mana-mana pemain di sini, bermakna saya percaya kepada mereka sebelum perlawanan lagi,” tambahnya.

Dalam pada itu, perlawanan malam ini bakal menjadi aksi sukar buat Thailand.

“Pertahanan Saudi bermain dengan baik dengan tempo dan kualiti pemain yang tinggi dalam pasukan mereka yang perlu kami sedari,” kata Ishii yang baru dilantik pada November 2023.

“Mereka pantas, kuat dan kelajuan transisi mereka bagus. Ia adalah satu peluang untuk menonjolkan diri di hadapan lawan yang kuat dan juga di hadapan peminat kami di sini dan dan di tanah air.

“Kedua-dua pasukan menaruh harapan tinggi untuk menang kerana mereka adalah salah satu pasukan yang paling berjaya. Kami akan bermain secara bertahan dan kami perlu meneruskan konsistensi kami secara bertahan dan juga cuba mencipta peluang sebanyak mungkin.

“Sudah tentu, kami melihat keputusan kumpulan lain untuk memahami peluang kami, tetapi kami juga memberi tumpuan kepada pasukan sendiri dari segi persediaan dan memastikan kami bermain dengan terbaik,” ujar pengendali Thai, Masatada Ishii.