Select Page

Marini tutup Ujian Pra Musim MotoGP di Sepang dengan masa terpantas

Marini tutup Ujian Pra Musim MotoGP di Sepang dengan masa terpantas

PELUMBA Mooney VR46 Racing Team Luca Marini berjaya mengatasi penyandang juara bagi masa terpantas hari ketiga Ujian Pra Musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad.

Permulaan yang perlahan, kecoh di pertengahan dan tenang di penghujung menggambarkan hari ketiga dan terakhir Ujian Pra Musim MotoGP yang menyaksikan masa terpantas sering bertukar ganti disamping keadaan hujan yang menggangu sejak awal dan hujung sesi.

Marini mencatat masa terpantas 1 minit 57.889 saat manakala penyandang juara dunia, Francesco Bagnaia dari pasukan Ducati Lenovo Team hanya 0.080 dibelakang serta Maverick Viñales dari pasukan Aprilia Racing melengkapkan tiga kedudukan teratas ketinggalan 0.147 saat.

Enea Bastianini meneruskan penguasaan jentera Ducati apabila menduduki tangga keempat manakala pendahulu pada Sabtu, Jorge Martin melengkapkan lima pelumba terpantas juga dengan jentera Ducati.

 

Ianya berita baik buat jentera buatan Itali itu apabila menguasai tujuh tempat dalam 10 teratas masa terpantas dengan dua jentera Aprilia menjadi pencabar terdekat manakala Honda sekadar di tangga kesepuluh menerusi juara dunia enam kali, Marc Marquez.

Berakhirnya aksi di Sepang ini menyaksikan semua pelumba bakal kembali ke kilang untuk menggunakan data yang diperolehi di Sepang untuk penambahbaikan jentera sebelum sesi ujian rasmi kedua di Portimao pada 11 dan 12 Mac 2023.

10 pelumba terpantas sesi ujian hari ketiga

1. Luca Marini (Mooney VR46 Racing Team) – 1 minit 57.889 saat

2. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) + 0.080 saat

3. Maverick Viñales (Aprilia Racing) + 0.147 saat

4. Enea Bastianini (Ducati Lenovo Team) + 0.260 saat

5. Jorge Martin (Prima Pramac Racing) + 0.315 saat

6. Aleix Espargaro (Aprilia Racing) + 0.418 saat

7. Fabio Di Gannantonio (Gresini Racing MotoGP™) + 0.455 saat

8. Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Racing Team) + 0.474 saat

9. Alex Marquez (Gresini Racing MotoGP™) + 0.496 saat

10. Marc Marquez (Repsol Honda Team) + 0.777 saat

Video Terkini

Loading...