Select Page

Michelle Chai dilantik CEO Akademi Badminton Malaysia

Michelle Chai dilantik CEO Akademi Badminton Malaysia

PERSIAPAN dan latihan skuad badminton kebangsaan, kini akan diuruskan sepenuhnya Michelle Chai.

Tugasan baru diberi kepada bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan bekas Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu, selepas dia dilantik badan induk badminton negara, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM) berkuatkuasa 3 Oktober 2022.

BAM dalam satu kenyataan yang dimuatnaik ke laman Facebooknya berkata, Michelle, 47, berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran ketika bertugas di Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persatuan Bola Sepak Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sebelum menyertai BAM pada 2017.

Michelle bersama MOM selama tiga tahun bermula 2020, Michelle terlibat dalam mengurus kontinjen negara menyertai beberapa temasya sukan besar termasuk Olimpik Tokyo, Sukan SEA Filipina dan Vietnam.

Kepulangan Michelle itu menggembirakan BAM yang yakin dengan kemampuannya mengurus ABM dan pemain kebangsaan.

Video Terkini

Loading...