Foto: KDA FC

BENUA Amerika Selatan, Benua Eropah, Benua Afrika,Benua Asia ataupun Australia akan menjadi pilihan ketua jurulatih pasukan kedah Darul Aman FC (KDA FC),  Nafuzi Zain.

Dikhabarkan ramai pemain sudah di kenalpasti untuk dipilih sebagai pemain import pasukan Kedah bagi melengkapi lima pemain import pasukan Hijau Kuning muism 2023.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO KDAFC Khamal Idris Ali, apa yang Nafuzi mahu ialah masa yang cukup baginya untuk memilih pemain yang benar-benar akan membantu pasukan mengharungi Liga Malaysia musim 2023.

Ketika berita yang yang menjadi hangat di perkatakan oleh peminat setia pasukan Hijau Kuning di seluruh tanah air adalah pemain dari negara Brazil bakal menerajui bahagian serangan pasukan Hijau Kuning musim depan.

“Kami sudah kenal pasti ramai calon pemain dari luar negara tetapi bagi memilih lima pemain yang terbaik dari mereka sudah pasti Nafuzi memerlukan masa yang lebih panjang lagi.

Kalamullah antara pemain tempatan baharu yang diikat KDA FC.

Kita tidak mahu terburu buru membuat pilihan kerana pengalaman musim 2022 sudah menjadi pengalaman untuk kita semua bagi lebih peka dan bersabar dalam membuat keputusan pemain import yang bakal menyarung jersi Hijau Kuning musim 2023.

“Kita sudah mengekalkan 12 pemain dari skuad muism 2022 dan skuad musim 2023 hanya akan memiliki 25 pemain sahaja termasuk lima pemain import serta 13 pemain tempatan baharu  bakal diserapkan ke dalam skuad Kedah musim depan,” kata Khamal kepada FLASH SUKAN.

Tambahnya, ketika ini penjaga gol Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi menjadi pemain tempatan pertama yang menandatangan kontrak bagi beraksi bersama pasukan Hijau Kuning musim 2023.

Kalamullah adalah pemain kelahiran Kelantan dan beraksi skuad dibawah 19 tahun 2012 dan 2013 dan menyertai pasukan Felda baeag umur 21 pada tahun 2014 hingga 2016 dan menjadi pemain senior skuad Felda 2017 dan 2018.

Sebelum bersama Kedah, dia beraksi bersama pasukan Petaling Jaya City dan tahun 2019 hingga 2022 dan muism depan bersama pasukan Kedah.

Menurut Khamal, ramai lagi pemain tempatan akan bersama Kedah dan mereka akan terus dibawa kesini untuk menandatangani kontrak bersama KDAFC.