NAMPAKNYA banyak pasukan sedang giat melakukan persiapan menjelang musim baharu Liga Super 2023 termasuk pasukan yang baru tersingkir daripada kempen TM Piala Malaysia.

Tidak terkecuali buat kelibat pemain import yang mungkin mencari kelab baru serta melakukan sesi rundingan untuk mewakili majikan baru.

Salah seorang pemain yang masih releven tampil dalam liga kebangsaan kita buat masa ini adalah bekas pemain tengah menyerang yang beraksi di saingan divisyen keempat Brazil atau dikenali sebagai Serie D.

Individu yang dimaksudkan itu ialah Adriano Aparecido Narcizo, berusia 28 tahun, merangkap bola sepak profesional Brazil yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Melaka United FC.

 

Dia mula menandatangani kontrak dengan Melaka United pada 27 Mei 2021 dan cukup menghasilkan impak yang diperlukan. Penampilan sulung untuk kelab itu ketika Melaka United mencatat keputusan seri 1–1 menentang Sri Pahang 25 Julai tahun lepas.

Uniknya, penyerang berketinggian 1.75 meter ini tidak pernah berkelana ke luar negara sebelum terbang ke Malaysia. Gaya permainan Adriano boleh dikategorikan sebagai penyerang lengkap atau ‘The Complete Forward’.

Adriano boleh berperanan sebagai ‘poacher’ di dalam kotak, boleh menjadi sebagai ‘targetman’ untuk memegang bola dan boleh terlibat dalam ‘build-up play’ memandangkan memiliki kemampuan teknikal yang baik dan kerajinan.
Adriano benyak berperanan sebagai penyerang kedua di dalam kesebelasan utama Melaka United.

Statistik memperlihatkan pemain kelahiran Ipaussu bermain 10 kali di Liga Super termasuk berjaya menjaringkan dua gol dan dua assist. Manakala, dalam kempen Piala FA dia tampil tiga perlawanan menjadikan jumlah keseluruhan 1,032 minit seluruh pertandingan disertai musim ini.

Kenyataan Adriano ketika diperkenalkan sebagai pemain Melaka United  :

Nasib tidak menentu Melaka musim depan mewajarkan dirinya harus segera mencari kelab yang berminat mendapatkan jasa bagi pertandingan tahun 2023.

Nilai pasaran terbaru Adriano itu mencecah 150,000 Euro atau bersamaan RM699,500 ketika ini yang diletakkan oleh laman www.transfermarkt.co.uk pada bulan lalu.

Kontraknya akan tamat pada 30 November ini.

Profil :
Nama: Adriano Aparecido Narcizo
Negara Asal: Brazil
Tarikh Lahir: 30 Ogos 1995
Umur: 28 Tahun
Tinggi: 1.75 meter
Kelab Terdahulu: Galvez Esporte Clube