KEHILANGAN fokus ketika ghairah memburu gol, tidak boleh berulang sekiranya Sabah mahu melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia.
Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee menyuarakan rasa kecewa apabila The Rhinos melepaskan gol pada aksi kedua menentang Kuching City, biarpun Sabah layak ke suku akhir dengan agregat 4-1.

Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee gembira Sabah lolos ke suku akhir Piala Malaysia namun kecewa dibolosi Kuching City, pada perlawanan kedua saingan 16 pasukan, yang berakhkir Sabah 1-1 Kuching City.
“Kita mahukan kemenangan, tapi dengan seri ini melayakkan kita ke peringkat seterusnya, itu lebih penting namun dibolosi itu amat mengecewakan.
“Ketika kita mahu mendapatkan gol, kita hilang fokus dan mereka melakukan serangan hingga dapat menjaringkan gol,” kata Kim Swee, selepas perlawanan berakhir di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Menurutnya, Kuching City mempamerkan aksi berbeza berbanding perlawanan pertama lalu ketika mereka Sabah menang 3-0 di Kuching.
“Mereka mempunya tempoh masa yang cukup, dua minggu melakukan persiapan,” katanya.

Aksi sengit dipamerkan kedua-dua pasukan pada perlawanan kedua saingan 16 pasukan.
Justeru, beliau tidak mahu pemainnya mengulangi kesilapan sama di suku akhir nanti, apabila dijadual menentang Perak yang menyingkir Kedah.
Dalam pada itu, jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak gembira dengan kemampuan pasukannya mengikat Sabah 1-1.

Kuching City (putih) mempamerkan peningkatan prestasi pada perlawanan kedua, apabila berjaya mengikat Sabah 1-1. Perlawanan pertama Kuching city tewas 0-3 di laman sendiri.
“Pemain menunjukkan prestasi positif dan berjaya mengikut strategi permainan yang telah kita rancang dan kami mengawal permainan di babak pertama dengan baik.
“Namun kita asalnya tidak mahu dibolosi tapi dengan satu jaringan pada setiap babak, saya rasa kita bermain dengan baik.
“Di separuh masa kedua, kami memasukkan lebih ramai penyerang dan saya gembira dengan petanda positif daripada perlawanan ini dan saya harap mereka terus konsisten,” kata Aidil Sharin.
Sabah mara ke suku akhir, dijangka menentang Perak pada 15 September depan.