BUDAYA dan gaya hidup masyarakat Malaysia antara faktor jurulatih remaja JSA Sports Academy, Thawann Kayke Pereia mahu menamatkan zaman bujangnya di sini.

Pereia,27, kelahiran Brazil akan menamatkan zaman bujangnya bersama gadis senegaranya, Amanda Braga de Moraes yang juga merupakan jurulatih renang di akademi miliknya sendiri iaitu Eagle Prime Sports Academy.

Tiba di Malaysia pada 2017 bergelar jurulatih di salah sebuah akademi terkemuka di Selangor, Pareira memilih Malaysia sebagai rumah keduanya sekaligus mendaftar perkahwinannya di sini.

Pereia jurulatih di JSA Sports Academy.

“Kami masih menunggu tarikh pendaftaran perkahwinan dari Kedutaan Brazil dan jika tiada aral melintang, bulan ini kami akan berkahwin.

“Kami memang jatuh cinta dengan Malaysia kerana sejak awal tiba di sini, kami diterima dengan baik, buatkan rasa seperti berada di kampung sendiri (Brazil).

“Jadi kami berdua mengambil keputusan untuk berkahwin di sini (Malaysia) dan ianya sangat bermakna,” kongsinya kepada FLASH SUKAN.

Amanda memiliki akademi renang sendiri.

Untuk rekod, Pereira pernang membimbing kelab remaja di Vietnam, Singapura dan Thailand sebelum bersama JSA Sports Academy sejak lima tahun lalu.