Select Page

Pasukan jujitsu mahu perbaiki kelemahan, persiapan awal ke Los Angeles

Pasukan jujitsu mahu perbaiki kelemahan, persiapan awal ke Los Angeles

PENGURUS Pasukan Persekutuan Jujitsu Malaysia, Sharizal Md Sidek mengharapkan Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Institut Sukan Negara (ISN) terus membantu dari pelbagai aspek agar atlet-atlet jujitsu kebangsaan mampu tampil dengan prestasi lebih baik.

Jelasnya, kerjasama daripada tiga badan induk sukan negara ini sangat diharapkan dapat membantu kelemahan-kelemahan yang timbul dalam skuad jujitsu kebangsaan.

“Apa yang kita nak buat sekarang ini adalah persiapan awal untuk ke Sukan SEA Kemboja tahun depan. Apa yang kita nak adalah mengenalpasti apa kelemahan-kelemahan kami pada tahun ini dan juga apa MSN, OCM dan ISN boleh bantu.

“Buat masa sekarang ini, kami masih belum menetapkan lagi bilangan atlet yang pasti akan pergi ke Sukan SEA 2023 tapi semestinya atlet yang telah memenangi pingat pada edisi-edisi lepas berkemungkinan besar akan pergi.

“Cumanya terpulang kepada kategori yang akan dimumumkan untuk Sukan SEA, inshaalaah pertengahan bulan hadapan kita dapat tahu,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) pada Jumaat.

Sebagai persiapan awal, beberapa atlet termasuk jurulatih dalam kategori Senior Masters akan bertanding secara individu di Los Angeles pada akhir September 2022.

Manakala, secara berpasukan kontinjen Malaysia akan menyertai pertandingan domestik bersama Thailand, Indonesia dan Singapura iaitu Copa de Malasia yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur 23 dan 24 Julai 2022.

Video Terkini

Loading...