SELANGOR Lions meraih kemenangan ketiga berturut-turut sekali gus mengekalkan rekod kemenangan bersih pada aksi Sooka Super Series Volleyball (SSSVB 2022).
Kemenangan 3-0 ke atas Kuala Lumpur Shark hari ini membuktikan betapa kuatnya pasukan itu untuk dicabar.

Rekod cemerlang Selangor Lions, menang 3-0 ke atas Kuala Lumpur Shark Johor Tiger (3-0), dan Amelia Indonesia (3-1)
Ketua Jurulatih Hanif Basree Abd Rahman berkata, hanya pada perlawanan pertama pasukannya gagal mempamerkan aksi sebenar.
“Pada perlawanan pertama, pemain kurang bersedia terutamanya di set pertama kerana pemain import kami baru tiba. Namun mereka bermain dengan baik pada set berikutnya,” kata Hanif.

Spike! Permainan bertenaga dan kepelbagaian strategi Selangor Lions memudahkan mereka memecah tembok hadangan Kuala Lumpur Shark
Selain kemenangan 3-0 ke atas Kuala Lumpur Shark sebentar pada Ahad, Selangor Lions turut menang 3-0 ke atas Johor Tiger semalam (Sabtu) dan menang 3-1 ke atas Amelia Indonesia pada hari pertama kejohanan.
“Hari ini agak sengit di awal permainan namun sebaik kita berjaya melakukan blocking, pemain mula mendapat rentak,” katanya.

Kehadiran dua pemain import Amerika Syarikat dalam pasukan Kuala Lumpur Shark, belum menampakkan hasil
Selepas tiga hari saingan berlangsung, Hanif menyifatkan semua pasukan pada tahap sederhana kecuali Sabah Rhino sebuah pasukan yang kuat.

Sabah Rhino menewaskan Johor Tiger 3-0, sekali gus dilabel pencabar terkuat Selangor Lions
Pada Mac lalu Selangor Lions muncul juara Liga Bola Tampar Malaysia 2022.
Terdahulu, Sabah Rhino menang 3-0 ke atas Johor Tiger sekali gus menyaksikan pasukan dari Borneo itu mencatat kemenangan kedua selepas mengatasi Sarawak Hornbill 3-0.