KETUA jurulatih tenis kebangsaan, Abd Hazli Zainuddin mengekalkan sasaran asal selepas mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih pasukan tenis kebangsaan iaitu mensasarkan untuk mendapatkan pingat emas pada tahun Sukan SEA 2025.
Untuk temasya Sukan SEA di Kemboja tahun depan, dia mensasarkan untuk mendapat sekurang-kurang dua pingat gangsa namun tidak menolak jika mendapat lebihan pingat di temasya dwitahunan tersebut.
“Saya masih berpegang pada sasaran asal bila saya mengambil alih tugas ketua jurulatih, kita sasarkan pingat emas pada 2025.
Tahun lepas, kita dapat dua pingat gangsa, tahun ini, kita masih sasar dua gangsa atau lebih, saya akan kaji juga kelebihan pasukan lain, diharapkan kita akan buat lebih baik.
Terdahulu, dia menghadiri mesyuarat bertujuan menyenaraikan nama pemain tenis yang akan beraksi pada Sukan SEA di Kemboja.
Tambahnya, barisan pemain yang lebih kurang sama akan diturunkan terdiri daripada enam pemain wanita dan tujuh pemain lelaki semasa bertanding di Sukan SEA 2023 di Kemboja.
Sebagai persiapan, pasukan tenis kebangsaan akan menyertai Sirkit Profesional di Seremban, Kuala Lumpur dan Sarawak bermula minggu hadapan, Davis Cup dan Billy Jean King Cup pada Ogos hadapan.