KEDUDUKAN ranking dunia berubah lagi dan kali ini menyaksikan puteri beregu negara, Pearly Tan-M Thinaah mendaki satu tangga dari sembilan minggu lalu kepada nombor 8 dunia.

Biarpun gembira, gandingan itu mengakui mereka enggan memberi fokus kepada ranking sebaliknya memastikan prestasi sentiasa berada di tahap terbaik.

Thinaah ketika ditemui selepas latihan hari ini berkata, setiap kali menyertai kejohanan, keputusan semasa yang menjadi sasaran dan tidak pernah menjadikan ranking sebagai tujuan akhir perlawanan.

Kami boleh laukannya… Semoga prestasi Pearly Tan-M Thinaah terus meningkat

“Hanya fokus satu-satu perlawanan dahulu. Tapi memang kedudukan ranking terkini kami memberikan motivasi untuk mencapai tahap lebih baik,” katanya.

Begitupun, dia mengakui, berada dalam kelompok lapan terbaik dunia memberikan kelebihan buat mereka apabila menyertai mana-mana kejohanan.

“Ada bagusnya kerana top 8 akan diletakkan sebagai pilihan dalam kejohanan terutamanya kami akan mula memburu mata untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya.

Thinaah dan Pearly baharu kembali menjalani bersama bermula hari ini sejak pulang dari Perancis, kini menumpukan perhatian kepada Jelajah Dunia Akhkir BWF yang akan berlangsung di Guangzhou, China, 14 hingag 18 Disember ini.

Senarai ranking beregu wanita terkini (15 Novemebr 2022) dikeluarkan BWF

Selepas tamat latihan hari ini, Pearly kelihatan segera mendapatkan khidmat fisioterapi, meninggalkan Thinaah bergandingan dengan rakan ‘sparring’ lain membantu latihan gandingan beregu wanita.

Thinaah berkata, Pearly tidak berdepan isu kecederaan sebaliknya menjadi kebiasaan buat pemain, bergelut mendapatkan tahap kecergasan tertinggi terutamanya selepas berehat panjang.

Ketika Pearly-Thinaah naik ke ranking kelapan dunia, pasangan Jepun yang ditewaskan mereka di final Terbuka Perancis, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara tergelincir dua anak tangga, kini di ranking ketujuh dunia.

Pemain China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan masih unggul di kedudukan nombor satu dunia diikuti Nami Matsuyama-Chiharu Shida (Jepun), Kim So Yeong-Kong Hee Yong (Korea Selatan), dan Lee So Hee-Kim Hye Jeong (Korea Selatan) yang kekal di tangga kedua- ketiga dan keempat dunia.