DENGAN  dua perlawanan sudah berlangsung dalam kelayakan akhir Piala Asia AFC 2023, masih banyak pasukan yang berpeluang untuk layak ke pentas terbesar bola sepak Asia termasuk empat wakil Asia Tenggara.

Ketika Singapura, Kemboja dan Myanmar menyaksikan harapan mereka untuk layak sudah berakhir, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina masih berpelunag menjelang aksi ketiga pada Selasa.

Hanya juara setiap kumpulan beserta lima dari enam pasukan tempat kedua yang dijamin tempat di kejohanan Piala Asia dengan satu pasukan akan terpaksa berputih mata.

Dalam bahasa yang lebih mudah, enam mata dengan perbezaaan gol yang banyak boleh memberikan tiket ke peringkat akhir Piala Asia tahun hadapan.

 

Indonesia pastinya akan bermain habis-habisan ketika menentang Nepal dan mengharapkan Jordan menang atau seri dengan Kuwait bagi menjamin kelayakan sebagai salah satu pasukan tempat kedua terbaik.

Dalam Kumpulan B, Filipina meskipun bergelut dalam dua perlawanan awal dilihat selesa dengan empat mata dan dilihat tidak mempunyai masalah untuk mengikuti jejak langkah Palestin sebagai salah satu pasukan terbaik dari kumpulan ini dan mungkin juga bergelar juara.

Thailand berdepan ujian sebenar dalam perlawanan terakhir menentang Uzbekistan apabila berjaya memenangi dua perlawanan awal dan dijangka akan layak sebagai salah satu pasukan tempat kedua terbaik dari Kumpulan C.

 

Foto:AFC

Malaysia juga dilihat sebagai salah satu pasukan pilihan untuk layak ke Piala Asia meskipun mengalami kekalahan kepada Bahrain. Namun Malaysia dijangka tidak berdepan masalah untuk membenam Bangladesh pada perlawanan terakhir.

Mampukah Asia Tenggara menambah bilangan wakil di Piala Asia AFC 2023 bersama-sama Vietnam. Segalanya akan terjawab pada perlawanan esok (Selasa).