PENGLIBATAN digital di Piala Asia 2023 di Qatar hampir dua kali ganda berbanding edisi lalu selepas 10 hari kejohanan berlangsung.
Piala Asia 2023 meyaksikan telah menarik lebih ramai peminat sukan berbanding sebelum ini selepas sepuluh hari pertandingan dengan saluran digital Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melebihi 1.5 bilion rekod akses tayangan, menjadikannya pertandingan AFC pertama menempa sejarah.
Mengukuhkan semangat yang wujud untuk bola sepak di benua ini, pencapaian itu bukan sahaja memecahkan malah menggandakan rekod sebelumnya iaitu 836 juta tayangan yang dicatatkan sepanjang edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu.
Setiausaha Agung AFC Datuk Seri Windsor John berkata: “Bola sepak pada akhirnya adalah permainan rakyat dan AFC, melalui visinya, berkongsi kepercayaan teguh bahawa peminat adalah nadi kepada permainan yang menarik.
“Kami tahu bahawa kami mesti berinteraksi dengan peminat dalam bahasa yang mereka fahami dan di platform yang mereka gunakan, dan kami bertekad untuk mencipta cara yang lebih inovatif bukan sahaja mengukuhkan penglibatan kami tetapi memperluas pengkalan peminat bola sepak Asia melalui setiap edisi terutama sekali dalam sukan bola sepak lelaki,” jelasnya.
Rating tertinggi adalah dari platform Facebook AFC Asian, yang mencatatkan 266 juta pengikut dan 56.6 juta tontonan video, mewakili peningkatan yang mengejutkan sebanyak 48 peratus daripada edisi 2019.
Peminat Benua Asia memastikan suara mereka didengari di saluran Instagram dan YouTube AFC Asian Cup, masing-masing dengan 259 juta dan 473 juta carian, manakala platform X menerima carian sebanyak 95.5 juta dan platform Cina, Weibo dan Douyin mengumpulkan sejumlah 281 juta.
Dalam mengenali kepelbagaian benua ini, pendekatan pelbagai platform dan bahasa tempatan memainkan peranan penting dalam peningkatan dalam keterlibatan. Buat pertama kali dalam sejarah Piala Asia AFC, liputan media digital AFC telah disediakan dalam 13 bahasa melalui 11 platform, iaitu Facebook, Instagram, X, Tiktok, Snapchat, Telegram, Threads, YouTube, Weibo, Douyin dan Toutiao.
Selain itu, selaras dengan aliran digital terkini, aplikasi pertama AFC, ‘AFC LIVE’ disediakan dalam bahasa Inggeris dan Arab, telah dimuat turun oleh lebih 100,000 pengguna. Melalui aplikasi ‘AFC LIVE’, inisiatif interaktif yang merangkumi Fantasi Bola Sepak dan Peramal Perlawanan telah dilancarkan untuk menyemarakkan lagi komuniti bola sepak Asia.
Pada masa yang sama, halaman ‘YouTube AFC Asian Cup’ mencapai catatan tertinggi dengan memperoleh lebih 1 juta pengikut hanya dalam empat hari selepas kejohanan bermula.
Halaman Instagram Piala Asia AFC juga, yang menawarkan ciri berpagar geo, hampir mencapai 1 juta pengikut. Ini adalah bukti populariti besar Piala Asia AFC dan minat yang semakin meningkat dalam bola sepak Asia.
Rating terkini meletakkan Piala Asia 2023 sebagai edisi paling menarik dalam sejarah.
Selain memecahkan rekod kehadiran pada perlawanan pembukaan, edisi ke-18 adalah kejohanan yang paling banyak mendapat liputan dengan 60 penyiar bersiaran di lebih 160 wilayah dan negara di seluruh dunia.