SKUAD hoki kebangsaan mempamerkan aksi mantap dan penuh keyakinan untuk menewaskan New Zealand 3-2 sekaligus menduduki tempat kedua Kumpulan C dalam aksi Hoki Piala Dunia 2023 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar.
Dua gol daripada penyerang, Faizal Saari dan satu gol dari pukulan sudut penalti oleh Razie Rahim cukup untuk memberikan kemenangan kedua buat Speedy Tigers sekaligus layak lebih selesa ke peringkat ‘crossover’.
Aksi yang cukup berbeza ditampilkan Malaysia berbanding ketika bertemu Chile dengan pada suatu ketika anak-anak buah Arul Selvaraj berjaya mendahului 2-0 sebelum New Zealand berjaya menyamakan kedudukan pada suku keempat.
FIH Odisha Hockey Men’s World Cup 2023
Last Match: Pool C – 19 Jan 2023
FULLTIME
Malaysia 3-2 New Zealand
9' FG Faizal Saari
43' PC Muhammad Razie Abd Rahim
52' FG Hayden Phillips
53' PC Sam Lane
57' FG Faizal Saari pic.twitter.com/X4Mo4QNSWI— MHC (@hockeymalaysia) January 19, 2023
Faizal Saari muncul wira Malaysia apabila jaringannya pada minit kelapan dan ke-57 memberikan kemenangan yang sangat diperlukan dalam aksi penuh disiplin yang ditampilkan barisan negara terutama ketika bertahan.
Selepas dihadiahkan pukulan sudut penalti ke-20 di sepanjang kejohanan ini, Razie Rahim akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-42 untuk meletakkan Malaysia 2-0 dihadapan pada suku ketiga dan kelihatan selesa untuk meraih kemenangan.
Namun begitu, taktikal ‘power play’ yang digunakan New Zealand ketika Malaysia bermain dengan kurang seorang pemain berjaya apabila dapat menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-52 dan 53 sekaligus menimbulkan kebimbangan kepada skuad negara.
Namun Faizal menggunakan segala pengalaman yang ada ketika bermain di Eropah untuk tenang menewaskan penjaga gol New Zealand untuk gol ketiga ketika permainan berbaki tiga minit untuk ditamatkan dan kemenangan kedua dalam kempen Piala Dunia kali ini.
Jalil Marhan is the player of the match for leading his team to a famous victory today. 🔥#IndiaKaGame #HockeyIndia #HWC2023 #StarsBecomeLegends #MASvsNZL @CMO_Odisha @sports_odisha @IndiaSports @Media_SAI @hockeymalaysia pic.twitter.com/jAanm11qbJ
— Hockey India (@TheHockeyIndia) January 19, 2023
Kapten pasukan, Marhan Jalil dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas dia berjaya memimpin barisan negara terutama barisan pertahanan untuk bertahan dengan baik sebagai satu unit serta banyak membantu menggerakkan barisan serangan.
Malaysia kini layak ke peringkat ‘crossover’ sebagai naib juara Kumpulan C dan akan menunggu pasukan tempat ketiga Kumpulan D sama ada England, India ataupun Sepanyol untuk menentukan siapa yang layak ke peringkat suku akhir.