TUMPUAN peminat bola sepak kini beralih arah kepada pertembungan separuh akhir Piala Malaysia 2023 sebalik sahaja berakhirnya kejohanan Pestabola Merdeka malam tadi.

Perak FC dalam laman Facebook rasminya memberitahu tiket perlawanan berdepan Johor Darul Ta’zim mula dijual sejak dua hari lepas.

Menurutnya, penjualan tiket secara online boleh didapati menerusi laman sesawang https://www.tickethotline.com.my/.

Setakat semalam, sebanyak 4,902 telah terjual kepada para penyokong menjelang pertembungan kedua-dua pasukan yang bakal berlangsung di Stadium Perak di Ipoh.

Bagaimanapun, menerusi TBG Super Fan memaklumkan penjualan tiket terkini meningkat kepada 6,138 keping.

Skuad kendalian Yusri Che Lah itu dijadual berdepan Harimau Selatan pada Khamis sebelum saingan timbal balik pada 2 November depan di Stadium Sultan Ibrahim.

Kali terakhir Perak merangkul piala berkenaan adalah pada 2018 manakala JDT merupakan penyandang juara selepas menunjukkan Selangor FC di pentas final tahun lepas.