MISI sukar menanti skuad sepak takraw negara antara regu apabila berdepan tuan rumah Thailand Piala Raja Thai ke-35 di Bangkok, petang ini.
Regu negara bimbingan Mohd. Rashidi Nordin mengesahkan slot ke separuh akhir selepas mencatat dua kemenangan seperti dijangka, ke atas Jepun dan Taiwan 2-0 pada Isnin.
Pencapaian itu memastikan Malaysia bergelar naib juara Kumpulan B Divisyen Perdana.
Untuk rekod, kali terakhir pertembungan Malaysia-Thailand ialah dalam final antara regu Sukan SEA Ke-31 di Gimnasium Hoang Mai, Hanoi, Vietnam 17 Mei lalu.
Sementara itu, Korea Selatan yang menumpaskan regu negara, berjaya mengelak bertemu Thailand dengan menjuarai kumpulan ini untuk menentang naib juara Kumpulan A, Vietnam.