FOTO : BBC

TAHUKAH anda? Lukisan kanak-kanak kelahiran Malaysia yang mene­tap di Britain dipilih menjadi maskot rasmi Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Maskot itu diberi nama bersempena kawasan Perry Barr di Birmingham, di mana Stadium Alexander akan menjadi tuan rumah acara olahraga dan upacara pembukaan serta penutupan temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Emma Lou bersama maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022, Perry yang diinspirasikan daripada mercu tanda bandar itu, Bullring.

Ibu bapa Emma berpindah dari Malaysia ke United Kingdom (UK) pada 2007.

Bapa Emma, ​​Eric Lou, merupakan ahli akademik kanan di Jabatan Kejuruteraan Universiti Metropolitan Manchester.

Reka bentuk maskot Emma yang berusia 10 tahun muncul di kalangan ratusan kanak-kanak lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan kebangsaan di UK.

Menurut penganjur sukan, karya Emma dipilih daripada ratusan reka bentuk yang diserahkan oleh kanak-kanak berumur lima hingga 15 tahun yang menyertai pertandingan di seluruh negara pada musim panas 2020 untuk mencipta maskot mewakili sejarah, identiti dan budaya Birmingham dan West Midlands.

Reka bentuknya berlambangkan seekor lembu jantan yang dihiasi dengan heksagon pelbagai warna, melambangkan penggabungan negara Komanwel.