Select Page

Piala Thanh Nien: Skuad B-19 tahun negara muncul naib juara

Piala Thanh Nien: Skuad  B-19 tahun negara muncul naib juara

SKUAD Bawah 19 Tahun Kebangsaan sekali lagi hampir memenangi satu lagi kejohanan dalam masa satu bulan namun terpaksa akur apabila tewas dengan penentuan penalti 3-4 kepada Vietnam dalam Kejohanan Piala Thanh Nien.

Pasukan Vietnam dilihat banyak menguasai permainan untuk mendahului seawal minit ke-11 namun Malaysia menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Azhad Harraz Arman yang terlepas peluang mewakili negara ketika Piala AFF B19 di Jakarta bulan lalu berjaya menebus kehampaan apabila meledak gol penyamaan buat skuad negara.

 

Sepakan penalti nyata memisahkan kedua-dua pasukan selepas dua sepakan pemain negara gagal menemui sasaran seterusnya memberikan kejuaraan kepada Vietnam.

Selepas sepakan penalti kelima yang Vietnam terkena palang, Malaysia dilihat mampu untuk bertahan namun gagal pula menyempurnakan sepakan terakhir selepas penalti ketiga juga gagal menemui sasaran.

Meskipun tewas, skuad negara harus berbangga kerana mereka turun dengan barisan kedua selepas barisan utama muncul juara di Jakarta dan masih mampu sampai ke perlawanan akhir kejohanan empat penjuru ini.

Video Terkini

Loading...