SKUAD badminton wanita Malaysia bermula dengan langkah kiri apabila tewas dalam perlawanan pertama menentang pasukan Taiwan dalam saingan kumpulan B Piala Uber pada Ahad.

Walaupun skuad negara yang dibarisi oleh pemain yang melakukan penampilan pertama dalam Piala Uber masih lagi mampu memberi tentangan yang sengit terhadap pasukan lawan yang rata-ratanya berpengalaman.

Aksi dimulakan dengan perseorangan wanita nombor satu negara, Goh Jin Wei bertemu dengan pemain ranking ke-5 dunia, Tai Tzu Ying.

Goh Jin Wei kalah tipis kepada lawannya pada perlawanan pertama.

Jin Wei kalah tipis kepada pemain lawan dengan keputusan 21-19, 22-20 dan memberikan mata pertama kepada pasukan Taiwan.

Beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing memberi sinar harapan kepada kem badminton wanita negara apabila berjaya menumpaskan beregu Taiwan, Hsu Ya Ching-Lin Wan Ching dengan keputusan 21-19, 21-17 untuk memungut mata pertama buat Malaysia.

Peseorangan wanita kedua, K.Letshanaa memberi tentangan yang hebat terhadap pemain ranking ke-27 dunia, Wen Chi Hsu dan beliau berjaya memenangi set pertama 21-13.

Go Pei Kee-Teoh Mei Xing berjaya memungut mata sulung buat Malaysia apabila menewaskan beregu Taiwan, Hsu Ya Ching-Lin Wan Ching.

Sungguhpun itu, pengalaman yang ada bersama pemain Taiwan itu digunakan dalam perlawanan dan Wen Chi Hsu berjaya menumpaskan pemain perseorangan negara dalam dua set seterusnya iaitu 21-17, 21-17.

Taiwan berjaya mengesahkan kemenangan apabila menewaskan beregu kedua negara dengan keputusan 21-17, 21-11 sebelum menghabiskan perlawanan dengan mengalahkan perseorangan ketiga negara, Wong Ling Ching dengan keputusan 21-17, 22-20.

Menurut kapten pasukan Piala Uber negara, Mei Xing berkata kemenangan dalam perlawanan mereka mampu memberi semangat kepada pemain-pemain muda yang bermain selepasnya.

K Letshanaa memberi saingan yang sengit terhadap lawannya namun gagal selepas ditewaskan menerusi rubber set.

“Ya saya rasa sangat penting sebab  kesemua pemain adalah junior dan kali pertama bermain dalam kejohanan ini.

“Kalau pihak lawan mendahului 1 atau 2-0, mungkin mereka (pemain muda) masuk bermain akan menjadi lebih gementar.

“Kalau kami dapat satu point, mereka akan masuk court dengan rasa yakin, mereka akan ada semangat sikit untuk bermain,” katanya lagi.

Malaysia akan meneruskan saingan mereka dalam Piala Uber dengan bertemu Thailand pada Isnin.