Select Page

PJ City ikat Sri Pahang, MUFC kalah lagi

PJ City ikat Sri Pahang, MUFC kalah lagi

JARINGAN penghujung babak kedua R. Barathkumar pada minit ke-86 membantu PJ City FC mengikat Sri Pahang FC 1-1 di Stadium Darul Makmur dalam aksi Liga Super Sabtu malam.

Pasukan tuan rumah berada di depan pada minit ke-38 menerusi rembatan Manuel Hidalgo dari luar kotak penalti, sebelum sepakan voli Barathkumar pada lewat perlawanan menyamakan kedudukan.

Paulo Josue menyumbang dua gol bagi memastikan Kuala Lumpur City FC meraih kemenangan sulung musim ini dengan menewaskan Melaka United FC (MUFC) 2-0.

Kekalahan MUFC adalah kali kedua berturut-turut dicatat selepas tumbang kepada Sabah FC pada Selasa.

Aksi pemain PJ City dan Sri Pahang pada perlawanan Liga Super pada Sabtu malam. Foto: MFL

Sementara itu, pertemuan Penang FC dan Negeri Sembilan FC berkesudahan mereka berkongsi mata dengan seri 1-1 pada aksi keempat Liga Super di Stadium Bandaraya.

Zaquan Adha menjaringkan gol pendahuluan pasukan pelawat dengan menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-33, namun Penang menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Hilal El-Helwe enam minit berselang.

Malam ini, bakal berlangsung tiga lagi perlawanan melibatkan saingan Sarawak United bertemu Sabah FC, Johor Darul Ta’zim melayan kunjungan Terengganu FC manakala Selangor FC berhadapan Kedah Darul Aman FC.

Video Terkini

Loading...