PRESIDEN kelab Turki Ankaragucu, Faruk Koca telah bertindak menumbuk muka pengadil, Halil Umut Meler pada akhir perlawanan Super Lig mereka selepas Rizespor menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-97 pada Isnin.
Koca telah memasuki padang dan memukul pengadil apabila wisel penamat dibunyikan dalam keputusan seri 1-1 di Stadium Eryaman, berdasarkan rakaman dari penyiar negeri TRT.
Penyokong Ankaragucu turun ke padang selepas perlawanan dan Meler turut ditendang ketika dia jatuh, walaupun tidak jelas siapa penyerangnya.
Meler akhirnya berjaya ke bilik persalinan dengan bantuan polis.
Persekutuan Bola Sepak Turki (TFF) telah memutuskan untuk mengadakan mesyuarat luar biasa berikutan insiden itu, kata TRT.
“Bola Sepak Turki telah diselubungi malu malam ini. Semua yang terlibat dalam insiden ini akan membayar harganya,” kata Pengerusi TFF Mehmet Buyukeksi, menurut TRT.
MKE Ankaragücü Kulübü Başkanı Faruk Koca, Çaykur Rizespor maçından sonra hakem Halil Umut Meler'e sahanın içinde yumruk attı.
Hakem Umut Meler yere düştüğünde Koca’nın yanındaki kişiler bu sefer tekme ile vurmaya devam ettiler.
Halil Umut Meler’e yapılan saldırı kabul… pic.twitter.com/Xg72LoAKwt
— Murat AĞIREL (@muratagirel) December 11, 2023
Perintah penahanan telah dikeluarkan buat Koca, kata Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya dalam satu hantaran di X, dengan menambah bahawa dua individu telah ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan mahkamah ke atas kejadian tersebut.
Pengadil FIFA sejak 2017, Meler yang kini berusia 37 tahun telah mengendalikan perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara Lazio dengan Celtic pada 28 November.
Pengadil di Turki ini sering dikritik oleh pengurus dan presiden kelab atas keputusan mereka, tetapi jarang menjadi sasaran keganasan.
Ankaragucu menduduki tempat ke-11 dalam kedudukan dengan 18 mata, tiga tempat di bawah Rizespor dengan 22 mata selepas 15 perlawanan.