DUA legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), Gary Neville dan Jamie Carragher, mempunyai pendapat berbeza berhubung ramalan untuk juara EPL musim ini.
Juara bertahan Manchester City masih menjadi pilihan untuk memenangi trofi pada penghujung musim. Arsenal, yang musim lalu menamatkan saingan sebagai naib juara, turut menjadi tumpuan.
Neville dan Carragher, yang kini dikenali sebagai pengulas Sky Sports, tidak dapat menafikan usaha memburu kejuaraan EPL m ini sekali lagi akan melibatkan Man City dan Arsenal.
Neville memilih Arsenal sebagai calon kuat untuk kejuaraan musim ini kerana, sehingga kini belum ada satu kelab pun yang mampu memenangi empat gelaran EPL berturut-turut.
Man City telah memenangi Liga Perdana tiga kali dalam tiga musim terakhir. Disifatkan skuad kendalian Pep Guardiola sukar mengukir rekod yang tidak pernah berlaku setakat ini.
“Hanya kerana kami telah menang tiga kali berturut-turut dan tiada siapa yang boleh memenangi gelaran buat kali keempat,” kata Neville dipetik Daily Mail.
“Saya akan memilih Arsenal untuk memenangi liga. Tempat kedua ialah Manchester City diikuti Manchester United, Liverpool, Chelsea dan Aston Villa,” sambungnya.
Neville menjelaskan alasannya tidak memasukkan Newcastle United dan Tottenham Hotspur dalam senarai enam teratas. Menurut Neville, The Magpies akan menghadapi kesukaran untuk bersaing di puncak kerana tumpuan mereka berpecah dalam Liga Juara-Juara.
Sementara itu, masa depan Tottenham musim ini akan menjadi tidak menentu berikutan ketidakpastian mengenai status Harry Kane, yang sedang berunding dengan Bayern Munich.
Carragher mempunyai pendapat yang berbeza.
Legenda Liverpool itu percaya Man City akan berjaya mempertahankan kejuaraan mereka musim depan. The Citizens sekali lagi akan menewaskan Arsenal dalam perebutan kejuaraan pada penghujung musim.
Every pre-season goal and assist from the Egyptian King 🙌 pic.twitter.com/uer7sUtYgk
— Liverpool FC (@LFC) August 10, 2023
Liverpool diramal akan menamatkan saingan di tempat ketiga dalam kedudukan akhir, mendahului Man United.
“Saya akan memilih Man City, kemudian Arsenal, Liverpool, Manchester United, Chelsea dan Tottenham,” kata Carragher.
Arsenal memulakan musim 2023/2024 dengan berbekalkan modal positif. The Gunners berjaya menumbangkan pesaing mereka, Man City melalui penentuan sepakan penalti dalam Perisai Komuniti 2023.
Bagaimanapun, Man City yang mempunyai skuad bertaraf bintang masih layak menjadi pilihan sebagai calon kuat untuk menjuarai EPL musim ini.
Apa pula pandangan anda ?